background

Saturday 12 April 2014

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalammualaikum wahai sahabat semua =)
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk melihat dunia,bernafas dengan udaranya dan melakukan segalanya yang dipermudahkan oleh-Nya..
Seelah sekian lama tidak menjenguk ke Blog EPA PRINCESS MUSE .. hehehe.. apa la jadi ye.. agak²nya bersawang dah kot..hehehe..
1st of all, anakanda MUHAMMAD ARYAN dan pun mencecah usia setahun pada 2 April 2013.. Alhamdullillah membesar dengan penuh kasih sayang dan semakin bijak.. cuma berjalan je belum lagi.. hanya belajar bertatih setiap hari.. bilakah agaknya anakanda tu nak memulakan langkah pertama jatuh bangun belajar berjalan ye.... xsabar rasanya nak melihat telatahnya yang semakin aktif dan banyak bunyi..kekeke.. rasanya baru semalam merasai gerakan bayi didalam kandungan kemudian melahirkan.. susahnya melupakan kenangan melahirkannya pada ketika itu. =) setahun begitu cepat bila adanya anak.. tulah perasaan semua ibu n bapa dalam dunia ni kan.. sangat indah....
Hampir 2 tahun juga aku dan suami mendirikan rumahtangga.. Alhamdulillah kami sangat bahagia dengan kehadiran sekecik kenit tu..hehehe.. 30 April adalah tarikh buat kami terus setia n semakin cinta satu sama lain.. tarikh yang membuka lembaran dalam hidup kami sebagai suami isteri. semakin lama hidup bersama semakin dekat perasaan kami..=)... benar dunia penuh dengan warna warni kehidupan kami juga merasakan yang sama.. doakan kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat kami.. Insyaallah hingga ke jannah .. semoga Allah kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kami bila ketiadaan kami nanti.. yang sentiasa membahagiakan didunia dan diakhirat... Insyaallah...

**semoga Allah memanjangkan usia kami,menambah keimanan kami,memurahkan dan melimpahkan rezeki buat kami dan seterusnya mengekalkan kami kasih sayang yang tiada penghujungnya.. Amin.. =)

love till jannah from ur wife , Nurul.

No comments:

Post a Comment