background

Tuesday 24 May 2011

WhEn we say, I do…


27th of June 2011...it's been 6 years plus of couple and I as her wifey, I may say that I'm blessed with a loving husband...and 2 family. And 30th of April 2011 I as a her wifey..Alhamdulillah……Sepanjang 6 tahun, bukan mudah...ada ketikanya bermasam muka, kelancaran bercabang...namun semuanya diatasi dengan cara matang. Sedangkan lidah lagi tergigit.
Kalau mahu sebut mengenai dugaan, tidak kira siapa, status apa...semua ada dugaan. Dan, kita harus percaya, Tuhan turunkan dugaan kepada hambaNya mengikut keupayaan hambaNya. Berat atau ringan, semuanya mampu dibebani...terpulang kepada kita menerimanya sama ada dengan dada terbuka atau mengambil peluang mengatasi dengan langkah pendek.
Saya anggap, setiap dugaan dan permasalahan sebagai sesuatu yang boleh merapatkan suami isteri. Kita sit down and discuss, malahan menyelesaikan bersama-sama. Mungkin juga...menangis bersama. Dengan siapa selain Allah SWT, yang mampu memahami...spouse kita, Insya Allah. I have a hubby and a soul mate yang memahami setiap satu benda dalam diri ini. Setiap kali kami dilanda dugaan, berat atau ringan, menguji atau sekadar jenaka, kami terokai dan tangani bersama. Ada ketikanya, saya cool...ada ketikanya, suami cool...dan ada ketikanya, kami berderai airmata bersama...dan banyak kali, kami gelak bersama-sama...
Kasih sayang ni bukan sekadar kita menerima dan memberi...tetapi juga belajar memahami dan menerima kenyataan baik serta buruk. Bila kita kata, I Do, kita bukan sahaja berkata janji tetapi juga memegang amanah sebagai isteri...dan juga anak dan menantu. Apa juga keadaan, baik atau buruk, saat indah atau sebaliknya, kita harus cuba bersama-sama. Kesabaran hari ini, Insya Allah, Tuhan akan kurniakan sesuatu yang lebih baik esok hari. Tangisan hari ini, sekiranya kita bertawakal dan bersabar, akan ada senyuman pada esok harinya...semua ini sudah dijanji Allah SWT. Yang penting...kita tidak lupa pada Nya...
Dan paling penting kesepakatan dalam hidup bersama dan  alam rumahtangga…byk dugaan dan rintangan..semoga ikatan yang dibina atas dasar kasih sayang dan cinta ini akan sentiasa diredhai dan kekal sehingga ke akhir hayat aku dan dia…

Buat suamiku, sesungguhnya aku amat bahagia disampingmu…=)

Diriku Sebagai ISterimu sayang


Salam olls……=)
Mengukirkan senyuman kegembiraan yang sukar digambarkan dengan kata-kata adakala sesuatu yang amat bererti bila diri sudah bergelar ISTERI kepada sijantung hati MOHD HAFLI AZAD…selamat di ijab kabulkan pada tanggal 30 April 2011 selepas solat zohor…Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada yang masa besar Allah s.w.t kerana telah memakbulkan doa aku untuk menjadi isteri kepadanya dan majlis pernikahan yang berjalan dengan lancar…
Dengan sekali lafaz aku sah menjadi miliknya…dalam kegembiraan menjadi isteri kepadanya,terselit juga rasa sedih kerana segalanya sekarang telah terikat bersama suami bukan lagi ibu bapa…perasaan ketika itu tidak digambarkan dengan kata-kata Cuma linangan airmata menjadi saksi segalanya….Hanya iringan doa ibu bapa,mentua ,keluarga,sedara mara yang akan membuatkan kami bertambah bahagia…Amin….=)
Tarikh keramat itu akan menjadi kenangan yang takkan terpadam dalam ingatan aku dan hubby sampai bila-bila…menjadikan ikatan kami sah,semoga tuhan makbulkan doa kami berdua,kekalkan kami dalam kebahagiaan,kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah agar kekal selama-lamanya..
Ketahuilah hubby ku…..yunk sayangkan abang hingga akhir hayat yunk…Insyaallah=)