background

Saturday 12 April 2014

Aku Milikmu S3lamanya .....


Salam olls……=)

Mengukirkan senyuman kegembiraan yang sukar digambarkan dengan kata-kata adakala sesuatu yang amat bererti bila diri sudah bergelar ISTERI kepada sijantung hati MOHD HAFLI AZAD…selamat di ijab kabulkan pada tanggal 30 April 2011 selepas solat zohor…Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada yang masa besar Allah s.w.t kerana telah memakbulkan doa aku untuk menjadi isteri kepadanya dan majlis pernikahan yang berjalan dengan lancar…
Dengan sekali lafaz aku sah menjadi miliknya…dalam kegembiraan menjadi isteri kepadanya,terselit juga rasa sedih kerana segalanya sekarang telah terikat bersama suami bukan lagi ibu bapa…perasaan ketika itu tidak digambarkan dengan kata-kata Cuma linangan airmata menjadi saksi segalanya….Hanya iringan doa ibu bapa,mentua ,keluarga,sedara mara yang akan membuatkan kami bertambah bahagia…Amin….=)
Tarikh keramat itu akan menjadi kenangan yang takkan terpadam dalam ingatan aku dan hubby sampai bila-bila…menjadikan ikatan kami sah,semoga tuhan makbulkan doa kami berdua,kekalkan kami dalam kebahagiaan,kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah agar kekal selama-lamanya..
Ketahuilah hubby ku…..yunk sayangkan abang hingga akhir hayat yunk…Insyaallah=)

No comments:

Post a Comment