background

Tuesday 1 November 2011

love forever =)

Orang kata, waktu bercinta adalah saat yang paling indah. Tidak saya sangkalkan walaupun ketika zaman bercinta yang tidaklah sepanjang dan sehangat mana, namun memorinya tetap manis untuk dikenang. Namun, saat hubungan sah di sisi agama dan sah untuk melakukan segalanya bersama...saya rasa bertambah hangat. Kasih sayang itu tetap bertambah hari demi hari biarpun kini bakal dikurniakan dengan seorang cahayamata yang bakal lahir….Insyaallah =) 

Betul ke masih sayang? Betul Betul Betul...Tak Tipu...Memang masih sayang, malahan sangat sayang. Tapi, sayangnya saya pada suami dan keluarga, tidak melangkaui betapa kasihnya saya pada Allah SWT, kerana Dia pencipta kita semua. Tanpa Dia dan izinNya, saya tidak mungkin ada, suami saya juga begitu dan mungkin tanpa restuNya, kami tidak akan bersama dan tidak mungkin akan ada anak-anak bersama...;) I love Allah SWT...dan saya sangat kasihkan Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW...kalau boleh, sebesar kasih sayangnya pada umatnya, itulah juga saya mahu membalas kasih sayang baginda...Al-Fatihah buat Kekasih Allah SWT... 

Orang kata, pada saat usia meningkat, kita akan berubah...ya, tahun ini saya  genap 23 tahun...sudah tidak boleh pusing umur...23 tahun, bulat nombor itu. Tapi, saya tidak pernah tipu umur, saya bangga dengan usia saya. Kerana, dengan pertambahan usia, saya akan sedar bahawa jangkahayat saya makin berkurangan...saya perlu sedar, satu hari saya harus kembali pada Maha Pencipta. Saat itu, adakah saya sudah bersedia atau tidak...Ya! Allah ampunilah semua dosa2ku...amin 

Berbalik pada dunia nyata...kita manusia, pasti rasa sayang antara manusia sangat ketara. Kenapa saya sayang suami saya? Kerana...dia lelaki baik. Kerana, dia suami saya dan dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai suami...dan seorang bakal abah...=)...Kerana, dia cuba memahami apa juga minat dan impian saya malahan berusaha untuk memastikan impian saya menjadi kenyataan...Kerana...saya tahu, dia sangat sayangkan saya ...buktinya, pelukan dan ciuman mesra tidak pernah tidak walaupun dia pulang lewat malam setelah seharian penat mencari rezeki...dan dia tidak pernah cuba untuk menghampakan harapan dan permintaan saya melainkan kalau dia terlalu penat atau mungkin terlupa...dia kan manusia biasa! Kenapa saya kata dia lelaki baik...sebab, dia tidak memburukkan orang lain biarpun orang di sekelilingnya selalu memburukkannya, menabur fitnah dan membuat cerita yang bukan2...namun, dia tetap macam tu...tetap okay dan kadang-kala, dia membantu pula orang yang memerlukan bantuan biarpun orang itu pernah menjatuhkannya...=) Moga Allah SWT memberi rezeki berganda pada suami saya, amin... 

Mahu tahu hangatnya kasih sayang..selepas kahwin? Betul ke masih sayang...Iya...saya sangat sayangkan suami saya...tak lusuh pun kasih sayang tu..kekal je...malahan bertambah pulak...=) 


Monday 31 October 2011

after 6 Month =)


Sah Suami Isteri =)

Berbahagia 
"Awak...saya nak cakap ni....sudi x klu awak jadi orang paling istimewa dalam hidup saya??hehe rasa malu pun ada masa tu walaupun xde sape yang dengar kecuali saya sorang je..hahha..kelakarkan???..." =) Itulah adalah ayat dia hampir 6 tahun dulu...tgh malam masa kami on d phone...few times, I pinched myself...betul ke apa yang aku dgr ni...hmmm...hakikatnya, itulah dia...he proposed to me that nite...masa tu, relationship kami baru je nak masuk beberapa month...=) Itulah dinamakan jodoh... 

Officially, kami bersama pada berkenalan 2005...keluarganya datang merisik dan decide bertunang pada 27th julai 2009..., dan akhirnya bernikah pada 30th April 2011...Alhamdulillah...banyak kisah suka duka...namun, itulah takdir Allah SWT, kun fayakun...apa yg akan berlaku, pasti akan berlaku dengan izinNya...=) 

Ingat keje kawen keje senang ke? OMG...kan best kalau boleh pakai jeans n baby tee je masa kawen, jimat belanja kan...I still remember apabila I broke d news to all my friends...ahahahaha...dorang terkejut sebab memang kisah aku nak kawen ni, seakan tiba2 dan usia yang masih muda gak kot..tapi semua tu dah tertulis itu jodoh dari tuhan...dan preparation tu amik masa one year plus juga la...sambil2 tu terus prepare for majlis kawennya jugak...cincin pertunangan tu, dia & aku  yang pilih dan pilihan tu sama2 suka... tgk cincinnya, cantikkkk...heee....=) TQ yang...=) still muat ya sampai sekarang walaupun tengah mengandung...ahahahaha... 



Hmmm...bila teringat hal2 preparation nak tunang n kawen dulu, adoi...manis tapi penat...cuma, bila majlis dah settle, rasa lega...and puas hati sebab everything went smoothly as what we wanted...Alhamdulillah...syukur... 

And our thanks jugak pada Sharifah Aliza (Haifa Bridal) yang buat pelamin secantik2nya  masa majlis akad nikah and masa majlis resepsi, also ur superb hantarans and gifts...=)

Skang ni, ngah imagine nak buat kawen anak2 kami pulak nanti...adoi, bapelah pulak harga setiap services ni kan...$ $ $...hmmm...*sigh* walaupun lambat lagi..hehehehe=)

Sunday 16 October 2011




SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA
SEJUK MATA ,HATI DAN PERUT MELIHAT BABY
XCITED MENUNGGU KEHADIRAN ORANG BARU

Bukan milik kita.....=(

nukilan...

Salam,

Hye olls...saja nak update post..Lepas baca post dari sorang kawan,tiba2 di hati terdetik sesuatu dan teringatkan perkara lama...erm...agaknya segala yang dikatakan benar2 belaka...Mungkin ada hikmahnya juga..Kenapa dan mengapa semuanya Tuhan je mampu menjawab kerana dia lebih MENGETAHUI & tahu apakah segalanya yang akan berlaku..Semestinya bila kita mengharapkan tak mungkin itu akan dimakbulkan ataupun menjadi milik kita..atau juga,yang bukan kita harapkan itu pula yang akan terjadi kepada diri kita..sebagai manusia kita tak dapat menolak atau menghalang Kehendak-NYA...YA ALLAH...Bersyukur kepadamu kerana melengkapkan kehidupan aku sebagai seorang manusia yang kerdil dan hina ini...
Menjadi manusia di muka buminya haruslah sentiasa BERSYUKUR..dan aku sangat2 bersyukur kerana segalanya dilengkapi...=) 
Thanks kepada sahabat2ku yang post artikel tu...=)
Pasti sesiapa yang mempunyai kenangan pasti akan mengingatkannya kembali setelah membaca artikel ini...mungkin juga tidak bermakna apa-apa...terpulang kepada individu itu sendiri...
Rasanya Epa Princess Muse begitu kuat dan sabar menghadapi kehidupan yang dilalui selama 23tahun yang TUHAN kurniakan melihat matahari dan bulan serta merasakan  pasang surut kehidupan...ALHAMDULILLAh...semoga ALLAH s.w.t terus mengekalkan kekuatan itu dalam diri aku...AMIN...AMIN...AMIN...
Kadang-kadang kehidupan memerlukan kekuatan luar biasa untuk terus kekal dalam kesabaran,kesyukuran dan kegembiraan.....

Semoga kehidupan kita akan sentiasa diRahmati dan diRedhai selalu...amin ya rabbal alamin...

Friday 14 October 2011

weekend bersama yang tersayang =)

Me and Hubby

we all enjoy

4 month preggy

love flowers

Love Forever

Just you and me

Can you stand the rain, sayang..

On a perfect day, I know that I can count on you

When that's not possible, tell me can you weather the storm

Because I need somebody who will stand by me

Through the good times and bad times

He will always, always be right there


Sunny days, everybody loves them

Tell me, can you stand the rain?

Storms will come, this we know for sure

Can you stand the rain?


Love unconditional, I'm not asking this of you

We've got to make it last

I'll do whatever needs to be done

Because I need somebody who will stand by me

Through the good times and bad times

He will always, always be right there


Can you stand the rain?

No pressure from me

Because I want you, and I need you, and I love you

Will you be there for me?

Can you stand the rain?

Semoga Allah SWT merahmati ikatan perkahwinan ini dengan segala nikmat, rezeki dan himpunan hidayah...Amin, amin, amin..

Sunday 4 September 2011

First Aidilfitri as wifey....

Salam...
dah lama rasanya jari jemari aku xmenaip untuk blog ni..huh!.....
Ada kesempatan seperti hari ni baru la jari jemari ni sanggup menari-nari diatas keyboard ni..sambil mendendangkan lagu tit tit tek tik..hehehe...
Raya Aidilfitri kali ni sangat bermakna utk aku walaupun raya tahun ni dirumah mentua..walaupun xla sejauh mana pun perjalanan balik kampung aku..tapi kesedihan itu ada tatkala terdengar takbir raya dipagi raya...huhu..sedih sangat...mujur ada encik suami disisi yang menceriakan aku dan ditambah pula si kenit yang makin membesar dalam kandungan aku ni..=) bahagia dan xsabarnya menantikan kehadiran orang baru dalam family aku nanti.....
     teringatkan zaman persekolah dulu yang rayanya akan sangat meriah bila dapat berjumpa kawan2 seperjuangan dulu..bila dah berumahtangga ni,kelebihan beraya tu akan tertumpu pada family mentua n sendiri la...susah la nak bergerak kesana kemari macam orang bujang lagi dah..hehehe....
    Bila dah ada encik suami ni kehidupan aku lebih sibuk la berbanding masa bujang....tumpuan n perhatian pada dia...rumah,memasak,mengemas..segalanya....huhu...letih pun kadang2 terpaksa jugak aku buat...tu la namanya pengorbanan seorang isteri...


Aidilfitri 2011
Apa-apa pun raya kali ni cukup bermakna bagi aku sebagai isteri n bakal ibu....semoag tuhan memberikan aku kesihatan yang baik,sentiasa diredhai dan dirahmati...biarkan rumahtangga aku aman dan bahagia hingga ke akhir hayat...Insyaallah Amin..Amin...Amin.....

Wednesday 3 August 2011

Khasiat Peluk Isteri..hehehe=)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentu...han dan tahap kesihatan.   `Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.   `Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.   Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.   Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.   `Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.   Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.   `Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah

Sunday 19 June 2011

morning dun Quickly Come =)

kuberjalan melintasi sang malam
ku pacu kencang menembus sang awan
dan kulihat kau ada disana
menungguku tuk datang padamu

saat malam menjadi rajaku
dan langitpun menjadi ratunya
dan kulihat dirimu disana
menungguku tuk datang padamu
dan pasti kau ada disana
menantiku untuk datang padamu

malam ini untuk kita
malam ini milik kita
tak ingin pagi cepat menjelang dan datang

pagi jangan kau cepat menjelang
pagi jangan kau cepat kau datang




Sunday 12 June 2011

i neeD to gEt SomE ResT!!!!!

Salam all...


Sangat la letihnya today. Too much things happened in one day, so I just want to have some rest to get over the dissapointments...hmmm...what, u may ask...yes, I'm stressed out...


It's this some peeps at work which I wont mentioned names here...they're being very unprofesional and I cant accept people who are very good in commenting others but they themselves are not in the rite track...ramai kan orang macam gitu? Hmmm...


Itulah masalahnya dengan sesetengah manusia. Mereka fikir harta, pangkat dan kedudukan adalah segalanya...oklah, tapi selalu org yang begini insecure dengan diri sendiri...and selalu takut orang lain merampas semua itu dr mereka...jdnya, mereka sangatlah cenderung mengenakan atau mengkritik orang berlebihan...dengan niat, to put the person down, down and down...huh...

And, I have this 'pantang', I dont like people to interfere my work...lagi2 orang tu tukar my work sesuka hati...at least, tanya la pada tuanpunya badan dulu kan...ni tak, sukati je buat keputusan dengan alasan...'I'm the leader for this, this and this..." dalam hati, hey...who cares...u being a leader pun tak betul, u urself pun buat salah, lagi nak mengaku ketua??? Memang tak sesuai kan...

As for me, jd leader ni bukan sekadar berlagak berada di atas, tanggungjawab tu penting. Kalau diri pun ntah hape2, anak buah lagilah...and jgn marah kalau anak buah lagi teruk sebab ketuanya pun sangat la cth yg baik...kan?





need some rest!!!

TIRED
Add caption



D O A

As salam warahmatullah hiwabarakatuh...

Aku berdoa setiap waktu

Agar segala dosa kecil & besar diampunkanNya

Aku berdoa setiap waktu

Agar segala dosa kecil & besar ibu & bapak diampunkanNya

Aku berdoa setiap waktu

Agar segala dosa kecil & besar suami diampunkanNya

Aku berdoa setiap waktu

Agar segala dosa kecil & besar anak-anak diampunkanNya

Aku berdoa setiap waktu

Agar segala dosa kecil & besar abang, kakak2, abang2 ipar, kakak2 ipar, biras & anak2 saudara diampunkanNya

Aku berdoa setiap waktu

Agar segala dosa kecil & besar sahabat2ku diampunkanNya

Aku berdoa setiap waktu

Agar segala dosa kecil & besar mereka yang memusuhiku diampunkanNya

Aku berdoa setiap waktu

Agar segala dosa kecil & besar majikanku diampunkanNya

Aku berdoa setiap waktu

Agar segala dosa kecil & besar seluruh umat Islam diampunkanNya

Friday 10 June 2011

PENYEJUK HATI...

Bila terasa bosan n stress
sesuai sangat la rasanya klu tengok 
gambar baby-baby ni
sejuk je mata memandang..kan??=)
kawan kawan.. 
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari..Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada hari Jumaat, mudah dimakbulkan Allah SWT.."


Wednesday 8 June 2011

Honeymoon moments

Salam,
 dah lama xmencoret-coret dalam blogger ni hari ni berkesempatan nak menulis apa yang berlaku..sedikit dari moments "HONEYMOON" ku...
After wedding resepsi esok malamnya we all berdua nek bus p Kuala Terengganu untuk honeymoon kat Pulau Redang....dalam perjalanan menuju ke sana yang memakan masa hampir 8jam tu,ada jugak la perasaan takut n gerun dalam bus tu..huhu..sehingga nyaris berlakunya sesuatu yang buruk...tapi Alhamdulillah akhirnya sampai jugak dengan selamat kat PErhentian bus kuala terengganu at 5.30am...I dengan hubby xtau mana nak pergi mana seawal pagi tu kitaorg berdua lepak-lepak kat sana dan aku siap baring-baring lagi ...hehehe..kelakar dan malu lak bila teringat kisah tu..=)
 My Hubby mula-mula macam tak xcited je nak masuk redang coz aku yang arrange nak kesana..dari plan asal nak honeymoon kat pulau kapas akhirnya ke REdang..hehehe....memandangkan aku pun pakai ambik dari ONline je risau gak sebab payment aku dah bayar habis..orang yang aku berurusan tu lak aku xpenah jumpa..TAWAKAL jelah masa sampai sana.....
Mungkin semuanya berjalan dengan lancar ,Alhamdullillah agensi tu betul2 la wujud dalam muka bumi tuhan ni..hehehe...HAPPY giler la kan
Encik suami sampai je kat jeety MERANG nak ke pul
au dah nampak sangat tidak sabar nak kesana..hehehe...SAmpaikan masa dalam boat OTW ke pulau dia lak yang beria nak tangkap gambar and view island tu..memang SANGAT CANTIK la.memang xrugi dan menyesal la pilih sana..walaupun resort kitaorang xsecantik dan secanggih resort2 lain dalam pulau tu tapi resort kami paling damai dan rileks...leh tengok BABY SHARK main-main n makan tepi persisiran pantai tu..hehehe=) just imagine la macam ne keadaan n view pulau tu....

First day sampai sana dah nak LUNCH time masa tu..apa lagi lepas dengar sedikit sebanyak taklimat tu kami amik kunci bilik n rest sekejap b4 pergi Snorkeling petang tu..(2.15pm)....and 1st place for snorkeling adalah marine park..ikan-ikan kat sana cantik dan sangat jinak..hehe..mu hubby memang suka menyelam bila dapat peluang sampaikan i ditinggalkan jauh sebab nak kejar anak2 ikan tu la..hehehe.....mula2 takut gak nak menyelam..tapi dah lama-lama syok betul la..hehehe,petang tu kitaorg berempat (kak faridah n abang tu.) jalan ke resort sebelah...LAGUNA RESORT REDANG...perghhh sana lagi cantik viewnya macam kat HAWAAIII ooo...memang menarik sangat2 la...sampaikan tak nak balik resort kami...kelakarnya rasa masa tu....memandangkan masa pun dah dekat malam kami xleh la lama kat situ sebab perjalanan balik makan masa 20 minit dan BERJALAN KAKI tanpa ada sebarang kenderaan atas darat(maksudnya basikal,motor kereta semua xde atas pulau ni)..sangatlah tiada pencemaran udara kat sini..heheh
2nd day adalah hari yang sangat malas untuk bangun pagi sebab keletihan perjalanan ke terengganu n snorkeling 1st day xhilang n habis lagi..after bfast kami snorkeling lagi (pagi sekali petang sekali),pagi  menyelam di area marine park..lupa lak apa namanya dan petangnya menyelam di tengah2 pulau agaknya sebab xde pokok n gunung ganang pun kat keliling kami..hehehe...last port menyelam adalah port yang paling cantik dan menarik....MASYAALLAH sangatlah cantik ciptaan tuhan..dengan CORAL,FISH yang sangat cantik dan paling best dan leka melihat ikan NEMO yang sangat pemalu dan penakut..sian dia..hehehe....
DAn GAMAT,adalah sesuatu yang paling aku geli masa menyelam tu....dengan bentuk dan rupa nya sangatlah mengelikan sampaikan aku diketawakan orang keliling gara-gara hubby yang menyakat aku dengan benda auuuchhh mengelikan itu!!!!!!xsanggup nak pegang n tengok....
LAst day at pulau adalah sesuatu yang sangat sedih..huhu sebab bila la dapat jejak kaki ke pulau indah tu..hurm.....=( kenangan dan pengalaman atas pulau adalah sesuatu yang sangat bermakna yang tak kan terhapus....
6 Hari 5 Malam di Terengganu adalah pengalaman yang indah....ditemani suami tersayang...memang terindah la..HONEYMOON yang bermakna buat kami berdua.=)
Snorkeling at Marine PArk

nice view

bersantai wif my hubby

pantai laguna resort
SaYangku MOHD HAFLI azad..thanks for da sweet memories ....

Tuesday 24 May 2011

WhEn we say, I do…


27th of June 2011...it's been 6 years plus of couple and I as her wifey, I may say that I'm blessed with a loving husband...and 2 family. And 30th of April 2011 I as a her wifey..Alhamdulillah……Sepanjang 6 tahun, bukan mudah...ada ketikanya bermasam muka, kelancaran bercabang...namun semuanya diatasi dengan cara matang. Sedangkan lidah lagi tergigit.
Kalau mahu sebut mengenai dugaan, tidak kira siapa, status apa...semua ada dugaan. Dan, kita harus percaya, Tuhan turunkan dugaan kepada hambaNya mengikut keupayaan hambaNya. Berat atau ringan, semuanya mampu dibebani...terpulang kepada kita menerimanya sama ada dengan dada terbuka atau mengambil peluang mengatasi dengan langkah pendek.
Saya anggap, setiap dugaan dan permasalahan sebagai sesuatu yang boleh merapatkan suami isteri. Kita sit down and discuss, malahan menyelesaikan bersama-sama. Mungkin juga...menangis bersama. Dengan siapa selain Allah SWT, yang mampu memahami...spouse kita, Insya Allah. I have a hubby and a soul mate yang memahami setiap satu benda dalam diri ini. Setiap kali kami dilanda dugaan, berat atau ringan, menguji atau sekadar jenaka, kami terokai dan tangani bersama. Ada ketikanya, saya cool...ada ketikanya, suami cool...dan ada ketikanya, kami berderai airmata bersama...dan banyak kali, kami gelak bersama-sama...
Kasih sayang ni bukan sekadar kita menerima dan memberi...tetapi juga belajar memahami dan menerima kenyataan baik serta buruk. Bila kita kata, I Do, kita bukan sahaja berkata janji tetapi juga memegang amanah sebagai isteri...dan juga anak dan menantu. Apa juga keadaan, baik atau buruk, saat indah atau sebaliknya, kita harus cuba bersama-sama. Kesabaran hari ini, Insya Allah, Tuhan akan kurniakan sesuatu yang lebih baik esok hari. Tangisan hari ini, sekiranya kita bertawakal dan bersabar, akan ada senyuman pada esok harinya...semua ini sudah dijanji Allah SWT. Yang penting...kita tidak lupa pada Nya...
Dan paling penting kesepakatan dalam hidup bersama dan  alam rumahtangga…byk dugaan dan rintangan..semoga ikatan yang dibina atas dasar kasih sayang dan cinta ini akan sentiasa diredhai dan kekal sehingga ke akhir hayat aku dan dia…

Buat suamiku, sesungguhnya aku amat bahagia disampingmu…=)

Diriku Sebagai ISterimu sayang


Salam olls……=)
Mengukirkan senyuman kegembiraan yang sukar digambarkan dengan kata-kata adakala sesuatu yang amat bererti bila diri sudah bergelar ISTERI kepada sijantung hati MOHD HAFLI AZAD…selamat di ijab kabulkan pada tanggal 30 April 2011 selepas solat zohor…Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada yang masa besar Allah s.w.t kerana telah memakbulkan doa aku untuk menjadi isteri kepadanya dan majlis pernikahan yang berjalan dengan lancar…
Dengan sekali lafaz aku sah menjadi miliknya…dalam kegembiraan menjadi isteri kepadanya,terselit juga rasa sedih kerana segalanya sekarang telah terikat bersama suami bukan lagi ibu bapa…perasaan ketika itu tidak digambarkan dengan kata-kata Cuma linangan airmata menjadi saksi segalanya….Hanya iringan doa ibu bapa,mentua ,keluarga,sedara mara yang akan membuatkan kami bertambah bahagia…Amin….=)
Tarikh keramat itu akan menjadi kenangan yang takkan terpadam dalam ingatan aku dan hubby sampai bila-bila…menjadikan ikatan kami sah,semoga tuhan makbulkan doa kami berdua,kekalkan kami dalam kebahagiaan,kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah agar kekal selama-lamanya..
Ketahuilah hubby ku…..yunk sayangkan abang hingga akhir hayat yunk…Insyaallah=)

Monday 18 April 2011

dun noe how to say

Salam...
xtau nak cakap apa...debaran kian terasa...

and now im in love...n falling in LOVE....
semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan ketika majlis berlansung nanti.....

Thursday 14 April 2011

Rindu Setengah Mati..=)

Aku ingin engkau ada disini
Menemaniku saat sepi
Menemaniku saat gundah


Berat hidup ini tanpa dirimu
Ku hanya mencintai kamu
Ku hanya memiliki kamu


Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati


Meski tlah lama kita tak bertemu
Ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu


Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh...

Monday 11 April 2011

He Makes Me Smile =)

Hye Olls.....
Dalam keadaan tekanan ada jugak org yang prihatin membuat aku tersenyum kembali....Tak sabar menunggu malam untuk spend time berdua setelah sekian lama tak macam tu...
Sepanjang semua masalah ini timbul mujur ada si dia disisi...walaupun hanya mampu mengeluarkan kata-kata BERSABAR and RIleks yunk,cukup buat aku rasa lega dan cuma atasi semuanya dengan tenang n penuh kesabaran....Anyway semua berlaku pasti ada hikmah disebaliknya,mungkin sekarang dugaannya kuat lepas ni mgkin lebih bahagia....hidup umpama roda,kadang kala diatas dan kadang kala berada dibawah...
Utk sidia yang sentiasa berada disisi dan dikala memerlukan thank you so much!! and tQ coz makes me smile lagi......I LOVE U LINK!!



18 more days B for.......=)
harap semuanya nanti berjalan dengan lancar dan 
selamat