background

Tuesday 1 November 2011

love forever =)

Orang kata, waktu bercinta adalah saat yang paling indah. Tidak saya sangkalkan walaupun ketika zaman bercinta yang tidaklah sepanjang dan sehangat mana, namun memorinya tetap manis untuk dikenang. Namun, saat hubungan sah di sisi agama dan sah untuk melakukan segalanya bersama...saya rasa bertambah hangat. Kasih sayang itu tetap bertambah hari demi hari biarpun kini bakal dikurniakan dengan seorang cahayamata yang bakal lahir….Insyaallah =) 

Betul ke masih sayang? Betul Betul Betul...Tak Tipu...Memang masih sayang, malahan sangat sayang. Tapi, sayangnya saya pada suami dan keluarga, tidak melangkaui betapa kasihnya saya pada Allah SWT, kerana Dia pencipta kita semua. Tanpa Dia dan izinNya, saya tidak mungkin ada, suami saya juga begitu dan mungkin tanpa restuNya, kami tidak akan bersama dan tidak mungkin akan ada anak-anak bersama...;) I love Allah SWT...dan saya sangat kasihkan Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW...kalau boleh, sebesar kasih sayangnya pada umatnya, itulah juga saya mahu membalas kasih sayang baginda...Al-Fatihah buat Kekasih Allah SWT... 

Orang kata, pada saat usia meningkat, kita akan berubah...ya, tahun ini saya  genap 23 tahun...sudah tidak boleh pusing umur...23 tahun, bulat nombor itu. Tapi, saya tidak pernah tipu umur, saya bangga dengan usia saya. Kerana, dengan pertambahan usia, saya akan sedar bahawa jangkahayat saya makin berkurangan...saya perlu sedar, satu hari saya harus kembali pada Maha Pencipta. Saat itu, adakah saya sudah bersedia atau tidak...Ya! Allah ampunilah semua dosa2ku...amin 

Berbalik pada dunia nyata...kita manusia, pasti rasa sayang antara manusia sangat ketara. Kenapa saya sayang suami saya? Kerana...dia lelaki baik. Kerana, dia suami saya dan dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai suami...dan seorang bakal abah...=)...Kerana, dia cuba memahami apa juga minat dan impian saya malahan berusaha untuk memastikan impian saya menjadi kenyataan...Kerana...saya tahu, dia sangat sayangkan saya ...buktinya, pelukan dan ciuman mesra tidak pernah tidak walaupun dia pulang lewat malam setelah seharian penat mencari rezeki...dan dia tidak pernah cuba untuk menghampakan harapan dan permintaan saya melainkan kalau dia terlalu penat atau mungkin terlupa...dia kan manusia biasa! Kenapa saya kata dia lelaki baik...sebab, dia tidak memburukkan orang lain biarpun orang di sekelilingnya selalu memburukkannya, menabur fitnah dan membuat cerita yang bukan2...namun, dia tetap macam tu...tetap okay dan kadang-kala, dia membantu pula orang yang memerlukan bantuan biarpun orang itu pernah menjatuhkannya...=) Moga Allah SWT memberi rezeki berganda pada suami saya, amin... 

Mahu tahu hangatnya kasih sayang..selepas kahwin? Betul ke masih sayang...Iya...saya sangat sayangkan suami saya...tak lusuh pun kasih sayang tu..kekal je...malahan bertambah pulak...=) 


No comments:

Post a Comment