background

Thursday 12 April 2012

Permata Hati ~ Muhammad Aryan

Salam semua..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan keduanya selamat walaupun terpaksa menahan kesakitan yang agak lama..hukhuk..tapi itulah pengalaman yang takkan luput diingatan sampai bila-bila..begitulah juga perasaan ibu yang melahirkan kita selama ni..baru la aku tahu nilai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan aku dan adik-adikku yang lain... Apapun bersyukur ke Hadrat Illahi dan dengan rasa rendah diri menadah tangan mengucapkan syukur yang tak terhingga..=D
 Sejak lahirnya putera soleh aku ni,hidup semakin lengkap..dan bertambah bahagia..even baru je 12hari  dalam berpantang..dah rasa xleh nak berjauhan dengan si kenit Aryan ni..tido malam lena dengan bau wangi baby..hehehe.. mcam ni rupanya perasaan dah ada anak..hehehe=D
Manja Umi & Abah =)
02 April 2012 ~ admit ward jam 8.30am..masa tu perasaan takut utk bersalin tu xde..cuma xcited nak tgu baby lahir..tapi bila jam dah cecah kul 2petang,sakit tu dah mula datang perlahan-lahan..tambah plak aku kena induce.. dari jam 2 pm - 6pm jalan baru bukak 4cm..ya allah sakitnya masa tu tuhan je yang maha mengetahui..berkali-kali jugak menangis kesakitan.. dari 6pm-10pm jalan dah mula terbuka 9cm dan nurse suruh aku meneran...bayangkanlah dari 10pm-11pm aku cuba meneran tapi baby tetap xnak keluar juga..sehingga doktor terpaksa vacuum baby sebanyak 4kali..Ya Allah masa tu hanya tuhan yang mengerti perasaan dihati aku yang gundah ni..dengan rasa sakit n risau buat aku kuat semangat utk terus mencuba meneran keluar baby..namun tetap hampa sehingga jam 11.15pm doktor terpaksa membuat pembedahan keatasku...Alhamdulillah jam 11.50pm..Muhammad Aryan selamat dilahirkan didalam keadaan sihat walafiat..disaat mendengar tangisannya,hati menjadi terlalu hiba dan perasaan sedih berserta airmata mula melinangi pipi..Syukur padamu tuhan..betul kata orang,kesakitan akan hilang selepas melihat wajah anak yang dilahirkan...walaupun skrg ni terpaksa menanggung kesakitan akibat pembedahan tempoh hari,tapi segalanya sangat berharga.. Anak sebagai amanah tuhan buat ibubapa.. Semoga Muhammad Aryan menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibubapanya..amin...

Muhammad Aryan Bin Mohd Hafli Azad
~ 13 April 2012 ~ tersenyum sambil melihat wajah Aryan yang comel membut reaksi muka yang bermacam-macam..apa la yang anak umi ni mimpikan ye... ketahuilah wahai anak,umi & abah amat menyayangimu lebih dari segalanya..semoga menjadi anak yang mendengar kata,taat,soleh dan beriman ye sayang...We love You Aryan!!!
2 April 2012 3.1kg @ 11.50pm

No comments:

Post a Comment