background

Thursday 6 September 2012

5bulan telah berlalu

Salam semua..


Alhamdulillah pejam celik pejam celik rupanya dah 5 bulan 5 hari rupanya usia si anak manja Muhammad Aryan Bin Mohd Hafli Azad.. hehehe =) .. sempat beraya bersama buat kali pertama.. happy dan sangat bahagia bila selama yang diimpikan sudah lengkap sepenuhnya.. dengan adanya baby dan suami yang sentiasa ada disisi, bertambah2 bahagia sebagai seorang Umi dan Isteri.. mungkin ini yang dijanjikan pada setiap insan yang bergelar isteri dan seorang ibu.. even tidur malam dah seperti dulu.. rutin harian dah xseperti sebelum dikurniakan cahaya mata..namun, segalanya adalah sesuatu yang amat berharga dan bermakna...


 Dengan adanya cahayamata dalam kehidupan kami sebagai suami isteri..kasih sayang bertambah erat, keluarga lebih bahagia di tambah dengan gelak tawa anak kecil yang semakin cerdik dan membesar.. Telatah si manja membuatkan kami berdua sering ketawa dan tersenyum.. Barulah aku tau bahagia menjadi seorang ibu =)
Semoga si manjaku menjadi seorang anak yang soleh..yang mendoakan ibu bapanya bila ketiadaan org tuanya nanti..Amin,.... 

Thursday 26 April 2012

The Day Has Come Dear =)

Tik tok tik tok..
tinggal a few days only..
hopefully Allah memanjangkan usia dan memberikan kesihatan yang baik utk aku dan hubby sama2 menyambutnye =)

Wednesday 18 April 2012

Gelagat si kecil Umi

Manja Umi tidur lena
siap dgn mcm2 gaya
memeknye hidung anak umi ni =)
kenapa sedih ni manja??

Tuesday 17 April 2012

Just for My Dear Aryan


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Love You So Much Dear..
hugs & kiss From me n ur dad

Friday 13 April 2012

Under CONFINEMENT =D

Lenanya manja umi ni tidur =)

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 13 dalam tempoh berpantang..bagusnya tempoh ni,dapat jugak merehatkan badan, belajar menjadi seorang ibu dan belajar sesuatu..=) Alhamdulillah umur Muhammad Aryan pun dah masuk 13hari..sekejap je rasanya macam xpercaya pun ada dah bergelar seorang ibu kepada permata hati sulung ni..

Thursday 12 April 2012

Permata Hati ~ Muhammad Aryan

Salam semua..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan keduanya selamat walaupun terpaksa menahan kesakitan yang agak lama..hukhuk..tapi itulah pengalaman yang takkan luput diingatan sampai bila-bila..begitulah juga perasaan ibu yang melahirkan kita selama ni..baru la aku tahu nilai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan aku dan adik-adikku yang lain... Apapun bersyukur ke Hadrat Illahi dan dengan rasa rendah diri menadah tangan mengucapkan syukur yang tak terhingga..=D
 Sejak lahirnya putera soleh aku ni,hidup semakin lengkap..dan bertambah bahagia..even baru je 12hari  dalam berpantang..dah rasa xleh nak berjauhan dengan si kenit Aryan ni..tido malam lena dengan bau wangi baby..hehehe.. mcam ni rupanya perasaan dah ada anak..hehehe=D
Manja Umi & Abah =)
02 April 2012 ~ admit ward jam 8.30am..masa tu perasaan takut utk bersalin tu xde..cuma xcited nak tgu baby lahir..tapi bila jam dah cecah kul 2petang,sakit tu dah mula datang perlahan-lahan..tambah plak aku kena induce.. dari jam 2 pm - 6pm jalan baru bukak 4cm..ya allah sakitnya masa tu tuhan je yang maha mengetahui..berkali-kali jugak menangis kesakitan.. dari 6pm-10pm jalan dah mula terbuka 9cm dan nurse suruh aku meneran...bayangkanlah dari 10pm-11pm aku cuba meneran tapi baby tetap xnak keluar juga..sehingga doktor terpaksa vacuum baby sebanyak 4kali..Ya Allah masa tu hanya tuhan yang mengerti perasaan dihati aku yang gundah ni..dengan rasa sakit n risau buat aku kuat semangat utk terus mencuba meneran keluar baby..namun tetap hampa sehingga jam 11.15pm doktor terpaksa membuat pembedahan keatasku...Alhamdulillah jam 11.50pm..Muhammad Aryan selamat dilahirkan didalam keadaan sihat walafiat..disaat mendengar tangisannya,hati menjadi terlalu hiba dan perasaan sedih berserta airmata mula melinangi pipi..Syukur padamu tuhan..betul kata orang,kesakitan akan hilang selepas melihat wajah anak yang dilahirkan...walaupun skrg ni terpaksa menanggung kesakitan akibat pembedahan tempoh hari,tapi segalanya sangat berharga.. Anak sebagai amanah tuhan buat ibubapa.. Semoga Muhammad Aryan menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibubapanya..amin...

Muhammad Aryan Bin Mohd Hafli Azad
~ 13 April 2012 ~ tersenyum sambil melihat wajah Aryan yang comel membut reaksi muka yang bermacam-macam..apa la yang anak umi ni mimpikan ye... ketahuilah wahai anak,umi & abah amat menyayangimu lebih dari segalanya..semoga menjadi anak yang mendengar kata,taat,soleh dan beriman ye sayang...We love You Aryan!!!
2 April 2012 3.1kg @ 11.50pm

Monday 12 March 2012

Amin ya Rabbal Alamin..

Maksudnya:
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puju bagi Allah Tuhan semesta alam.

♥♥ Dah habis baca doa tu,jgn lupa tekan share ye..kongsi dengan ibu2 yg lain ♥♥

Wanita,bersediakah anda menjadi Penyejuk Mata =)

"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa."

Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah Ta'ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia?

Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka, tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?
Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.
Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda, bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.
Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.
Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.
Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?
Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat 'penyejuk mata' tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.
Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!
L.O.V.E

- Artikel iluvislam.com
Sumber : myilham.com

Monday 5 March 2012

bagaimanakah kita sebagai bidadari buat suami.... =)

Dear Ladies yang di sayangi....
Sharing artikel buat seluruh wanita yang di sayangi...  Bagaimana tingkah kita sebagai seorang bidadari buat seorang lelaki bernama suami?
Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali

Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"

Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

Bakal Si Kecil ku cak!!! =)

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya semakin hampir dengan waktunya..walaupun ada debaran dan kegembiraan menanti bakal si kecil ni, ada juga yang sangat xcited menanti kelahiran ni..=)...sebagai bakal ibu sudah tentu aku pun rasa yang sama...sangat-sangat xcited menanti kelahiran putera sulung... sekarang ni tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi menanti kehadiran orang baru dalam keluarga.. dan sedar xsedar jugak setahun jugak aku berumahtangga dan hidup bersama insan yang bergelar SUAMI.. Alhamdulillah,rezeki melimpah ruah dan bahagia..terima kasih Allah... semoga sepanjang tempoh melahirkan berjalan dengan lancar dan semuanya selamat..amin..... =)

Debaran  s.e.m.a.k.i.n terasa

Tuesday 14 February 2012

3rd day in ward =(

MUMMY PRAY =)
salam...
hari ni dah masuk 3hari mummy stay in ward kat ar ridzuan ni...sangat bosan dan harap2 hari ni leh la discharge memandangkan keadaan baby dah semakin ok... duk dalam ward tanpa peneman memang membosankan lah..haiyaaaaa..rasa xsabar2 nak balik ..at least leh la buat aktiviti sikit walaupun bukan yang berat2 dari terbaring je..huhu..
Baby Contractions pun semakin berkurangan..mesti baby pun xsabr nak balik rumah jugak kot ni..hehehe..tapi hubby cakap selagi kena tahan ni jgn nak minta doc lepaskan balik..hukhuk...
Semoga semuanya selamat dan due bersalin ada lagi 6weeks...doakan kesihatan kami sentiasa dalam keadaan baik2....=)
Out dulu!!!!

Monday 13 February 2012

When mummy in Ward ~ 13 Februari 2012

Salam,
now dah masuk 32weeks..baby plak dah cecah 2kg..walaupun belum masanya lagi untuk melihat dunia..si kenit ni sangat aktif dan terasa macam nak kuar awal plak memandangkan today baby Contrastion start 10.05am sampai la skrg ni..Mybe kena tahan kat ward 406 ni dalam a few days..untuk tengok keadaan baby macam ne..still Contraction or not..hopefully esok dah leh kuar ward la berehat kat rumah..kat hospital ni busan la..sowang2 je memandangkan mr muchuk2 kena ken=je..weekend ni PM nak turun RTC..
Mummy siap plan macam2 dengan unty si kenit ni 4 this weekend...tapi si kenit ni nampaknye xizinkan mummy buat aktiviti tu n nak mummy rehat with him at home jew...
Dah petang2 ni,sementara menunggu mr muchuk2 sampai menemankan mummy kat ward ni..jari jemari ni terasa nak menaip2 je...hehehe =).. kali ni dah 4 kali makan ubatn dapat 1 injection from nurse...after 12hours kena inject sekali lagi...memang sakit tapi memandangkan demi kebaikan mummy n si kenit ni..mummy xkisah..jnji dua dua sihat dan selamat.."baby,rehat dulu ye..nanti dah puas rehat baru kuar ye sayang...mummy n abah pun xsabr tunggu baby lahir ...dengan muka yang cute tu..iras siapa la anak mummy ni ye =)"
tinggal a few weeks lagi menunggu si kenit ni...harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan jalannye nanti..dengan iringan doa kawan2..aminnn..

Tuesday 17 January 2012

resahan hati seorang mummy =)

Alhamdulillah, now dah masuk 7month ++...xsangka masa berlalu dengan begitu pantas sekali..sedar xsedar dah hampir dengan due date...hehe =).. pemilihan nama dah dicari dan dipersetujui antara mummy n abah si kenit ni..
si kenit yang makin aktif dan seakan2 memahami apa yang mummy dia rasakan..snagat pandai n mendengar kata..harap2 anak mummy akan dengar cakap sehingga dewasa nanti..amin....
Kelahiran cucu & anak sulung amatlah di nanti-nanti..terutamanya mummy and abah la..bermula la hidup dengan kehadiran insan baru dan rutin baru nanti...
"baby, mummy & abah xsabr nak melihat wajahmu , mendengar tangisanmu, melihatmu bertatih dan dewasa seperti kanak2 lain... semoga Allah permudahkan segalanya...amin...=) "