background

Saturday 12 April 2014

Aku Milikmu S3lamanya .....


Salam olls……=)

Mengukirkan senyuman kegembiraan yang sukar digambarkan dengan kata-kata adakala sesuatu yang amat bererti bila diri sudah bergelar ISTERI kepada sijantung hati MOHD HAFLI AZAD…selamat di ijab kabulkan pada tanggal 30 April 2011 selepas solat zohor…Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada yang masa besar Allah s.w.t kerana telah memakbulkan doa aku untuk menjadi isteri kepadanya dan majlis pernikahan yang berjalan dengan lancar…
Dengan sekali lafaz aku sah menjadi miliknya…dalam kegembiraan menjadi isteri kepadanya,terselit juga rasa sedih kerana segalanya sekarang telah terikat bersama suami bukan lagi ibu bapa…perasaan ketika itu tidak digambarkan dengan kata-kata Cuma linangan airmata menjadi saksi segalanya….Hanya iringan doa ibu bapa,mentua ,keluarga,sedara mara yang akan membuatkan kami bertambah bahagia…Amin….=)
Tarikh keramat itu akan menjadi kenangan yang takkan terpadam dalam ingatan aku dan hubby sampai bila-bila…menjadikan ikatan kami sah,semoga tuhan makbulkan doa kami berdua,kekalkan kami dalam kebahagiaan,kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah agar kekal selama-lamanya..
Ketahuilah hubby ku…..yunk sayangkan abang hingga akhir hayat yunk…Insyaallah=)

Wanita,bersediakah anda menjadi Penyejuk Mata =)

"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa."

Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah Ta'ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia?

Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka, tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?
Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.
Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda, bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.
Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.
Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.
Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?
Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat 'penyejuk mata' tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.
Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!
L.O.V.E

- Artikel iluvislam.com
Sumber : myilham.com

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalammualaikum wahai sahabat semua =)
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk melihat dunia,bernafas dengan udaranya dan melakukan segalanya yang dipermudahkan oleh-Nya..
Seelah sekian lama tidak menjenguk ke Blog EPA PRINCESS MUSE .. hehehe.. apa la jadi ye.. agak²nya bersawang dah kot..hehehe..
1st of all, anakanda MUHAMMAD ARYAN dan pun mencecah usia setahun pada 2 April 2013.. Alhamdullillah membesar dengan penuh kasih sayang dan semakin bijak.. cuma berjalan je belum lagi.. hanya belajar bertatih setiap hari.. bilakah agaknya anakanda tu nak memulakan langkah pertama jatuh bangun belajar berjalan ye.... xsabar rasanya nak melihat telatahnya yang semakin aktif dan banyak bunyi..kekeke.. rasanya baru semalam merasai gerakan bayi didalam kandungan kemudian melahirkan.. susahnya melupakan kenangan melahirkannya pada ketika itu. =) setahun begitu cepat bila adanya anak.. tulah perasaan semua ibu n bapa dalam dunia ni kan.. sangat indah....
Hampir 2 tahun juga aku dan suami mendirikan rumahtangga.. Alhamdulillah kami sangat bahagia dengan kehadiran sekecik kenit tu..hehehe.. 30 April adalah tarikh buat kami terus setia n semakin cinta satu sama lain.. tarikh yang membuka lembaran dalam hidup kami sebagai suami isteri. semakin lama hidup bersama semakin dekat perasaan kami..=)... benar dunia penuh dengan warna warni kehidupan kami juga merasakan yang sama.. doakan kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat kami.. Insyaallah hingga ke jannah .. semoga Allah kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kami bila ketiadaan kami nanti.. yang sentiasa membahagiakan didunia dan diakhirat... Insyaallah...

**semoga Allah memanjangkan usia kami,menambah keimanan kami,memurahkan dan melimpahkan rezeki buat kami dan seterusnya mengekalkan kami kasih sayang yang tiada penghujungnya.. Amin.. =)

love till jannah from ur wife , Nurul.

Thursday 6 September 2012

5bulan telah berlalu

Salam semua..


Alhamdulillah pejam celik pejam celik rupanya dah 5 bulan 5 hari rupanya usia si anak manja Muhammad Aryan Bin Mohd Hafli Azad.. hehehe =) .. sempat beraya bersama buat kali pertama.. happy dan sangat bahagia bila selama yang diimpikan sudah lengkap sepenuhnya.. dengan adanya baby dan suami yang sentiasa ada disisi, bertambah2 bahagia sebagai seorang Umi dan Isteri.. mungkin ini yang dijanjikan pada setiap insan yang bergelar isteri dan seorang ibu.. even tidur malam dah seperti dulu.. rutin harian dah xseperti sebelum dikurniakan cahaya mata..namun, segalanya adalah sesuatu yang amat berharga dan bermakna...


 Dengan adanya cahayamata dalam kehidupan kami sebagai suami isteri..kasih sayang bertambah erat, keluarga lebih bahagia di tambah dengan gelak tawa anak kecil yang semakin cerdik dan membesar.. Telatah si manja membuatkan kami berdua sering ketawa dan tersenyum.. Barulah aku tau bahagia menjadi seorang ibu =)
Semoga si manjaku menjadi seorang anak yang soleh..yang mendoakan ibu bapanya bila ketiadaan org tuanya nanti..Amin,.... 

Thursday 26 April 2012

The Day Has Come Dear =)

Tik tok tik tok..
tinggal a few days only..
hopefully Allah memanjangkan usia dan memberikan kesihatan yang baik utk aku dan hubby sama2 menyambutnye =)

Wednesday 18 April 2012

Gelagat si kecil Umi

Manja Umi tidur lena
siap dgn mcm2 gaya
memeknye hidung anak umi ni =)
kenapa sedih ni manja??

Tuesday 17 April 2012

Just for My Dear Aryan


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Love You So Much Dear..
hugs & kiss From me n ur dad